Tips Penjagaan Tudung Dengan Betul Supaya Nampak Macam Baru
Setiap wanita berhijab mesti ada beberapa tudung favourite dan kerap pakai betul tak? Tapi jika pakai dengan kerap, tudung akan jadi kusam dan mula lah akan ‘complain’ kualiti tak bagus, sedangkan material yang mahal pun akan cepat rosak jika tidak dijaga dengan betul.
Macam mana nak jaga tudung biar nampak macam baru? Ikuti 7 Tips penjagaan tudung ni supaya kualiti tudung anda sentiasa cantik.
7 Tips Penjagaan Tudung Dengan Betul
1. Rendam dalam Pelembut Fabrik.
Pertama sekali, gunakan pelembut fabrik. Jenis-jenis pelembut bergantung kepada anda. Rendamkan tudung seketika didalam air suam yang telah dicampurkan dengan sabun serta pelembut fabrik. Menggunakan sabun jenis cecair adalah lebih bagus berbanding serbuk kerana ia lebih lembut pada fabrik. Kemudian, bilas dengan air bersih sehingga tiada kesan sabun dan pelembut fabrik melekat pada tudung anda
*JANGAN rendam dengan terlalu lama kerana ia boleh merosakkan fabrik. Rendaman selama 15-30 minit sudah memadai.
2. Sila Elakkan Cuci Menggunakan Mesin Basuh.
Kebanyakan kain tudung diperbuat daripada fabrik yang lembut. Oleh itu, membasuh menggunakan tangan adalah lebih baik berbanding mesin basuh. Ini kerana, menggunakan mesin basuh boleh meregangkan fabrik tersebut.
3. Tidak Terdedah Dengan Cahaya Matahari Terik.
Jangan jemur di bawah terik matahari. Tudung yang disidai di bawah cahaya matahari terik akan menyebabkan warnanya menjadi cepat pudar. Jadi, sidai di tempat cahaya yang redup dan tidak terkena terus cahaya matahari. Dan sidai tudung anda terlalu lama di ampaian.
4. Iron Dengan Suhu Yang Sesuai.
Terdapat pelbagai jenis tudung dari berlainan jenis fabrik. Jadi anda harus tahu suhu yang sesuai dengan fabrik tersebut. Untuk fabrik jenis chiffon dan ‘silk’, kainnya memang lembut, jadi anda kena lebih berhati-hati menggosok dengan menggunakan suhu yang tidak terlalu panas untuk elakkan tudung terbakar.
Lebih bagus jika menggunakan iron stim dengan suhu yang sederhana. Jadi tudung akan susah untuk berkedut semula apabila digayakan.
5. Jangan Sental Terlalu Kuat.
Mencuci dengan cara kaedah ramas menggunakan tangan dengan lembut adalah lebih baik. Elakkan menyental dengan terlalu kuat atau menggunakan berus yang kasar.
Terutamanya pada fabrik jenis pashmina dan satin. Ini kerana, fabrik tersebut mudah rosak atau berbulu. Jika ada kotoran, rendam tudung dengan sabun selama 15-30 minit dan gunakan berus lembut atau gunakan tangan. Kemudian, gosok perlahan-lahan sehingga kotoran hilang.
6. Asingkan Tudung dengan Kain atau Pakaian lain.
Jika anda sibuk dan tidak mempunyai masa untuk basuh menggunakan tangan. Anda boleh mencuci menggunakan mesin basuh tetapi pastikan gunakan tetapan ‘delicate’. Cuci bersama tudung sahaja dan jangan sesekali mencampurkannya dengan kain atau pakaian lain. Anda juga boleh menggunakan bekas berjaring supaya fabrik tak rosak.
*JANGAN sesekali cuci tudung yang mempunyai manik atau perincian seperti labuci menggunakan mesin basuh.
7. Simpan dengan Betul.
Simpan tudung di tempat yang kering dan tidak lembab. Jangan simpan di tempat yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari. Anda boleh melipat atau guna kaedah gantung menggunakan penyangkut khas, tetapi pastikan mengikut jenis-jenis tertentu. Kalau jenis bawal dan shawl tiada masalah untuk anda melipatnya. tetapi, sebaiknya gantung tudung yang ada awning untuk elakkan awning tersebut rosak.
*TIPS: Gunakan jarum yang tajam semasa menggayakan tudung untuk mengelakkannya berbulu. Lebih baik jika anda menggunakan ‘magnetik’ pin supaya fabrik tidak rosak.
Nak Tahu Kenapa Tudung Bawal Hermanas Senang Jaga?
Tudung bawal Hermanas ini menggunakan material 100% Premium Cotton Voile dan material ni lain daripada yang ada di pasaran. Disebabkan Hermanas menggunakan material yang berkualiti, tudung bawal Hermanas ini tidak akan berbulu jika anda membasuh bawal ini menggunakan mesin basuh. Jadi jika anda tiada masa untuk mencuci tudung ini menggunakan tangan, anda boleh membasuh tudung anda menggunakan mesin basuh tanpa perlu rasa was-was. Tudung bawal Hermanas ini juga tidak akan luntur warna jika basuh berkali-kali.
Antara sebab lain kenapa tudung bawal Hermanas ini senang dijaga adalah, tudung ini tidak mudah berkedut, jadi ia akan menjimatkan masa anda daripada menggosok tudung terlalu lama.
Bawal Hermanas ini sangat lembut dan sejuk, walaupun material yang lembut tetapi bawal Hermanas ini sangat mudah untuk dibentuk.
Instagram : https://www.instagram.com/hermanas.my/
Facebook : https://www.facebook.com/hermanasdotmy
Website : https://www.hermanas.my/